Layan bunga Ros pulak ya


    Assalamualaikum semua. Ok hari tu kita dah layan orkid kan jadi kali ni  kita layan bunga ros atau nama klasiknya bunga mawar. Macam lagu Alleycats sekuntum mawar merah sebuah puisi di bulan Februari.... hehehe nak berjiwang karats lah pulak tapi tak kena time sebab  dah bulan Jun , kalau bulan februari tu ok kut sebab mawar merah ni  ianya sinonim dengan hari kekasih. hah masa tu mencanak harga sekuntum bunga mawar. emmmm agaknya tukang tanam bunga Ros ni yang dok mencanang hari kekasih ni kut sebab boleh lakukan dan lariskan jualan bunga ros mereka. Agak aku lah ya sebab takan le tak leh guna bunga lain selain daripada bunga ros.

  Pada Floria tahun lepas tema pada kali ini ialah bunga Mawar atau Bunga Ros. Nama saintifiknya aku tak tahu ye kengkawan, hangpa goggle ler sendiri ek. Masa pergi Cameron Highland dulu pergi lah kat valley Bunga Ros tapi kita orang terlambat sampai sebab dah petang dah tutup pagar tapi dapat ler juga nampak dari celah jaring bunga-bunga berkembangan. Huh cantik dan wangi sungguh. Dan masa kat Floria ni di buat satu kawasan ditanam semua jenis bunga Ros. Alkisahnya rupanya banyak jenis ye. Ada yang kecil dan ada yang besar. Tapi selalunya warna merah. Warna putih dan kuning ada juga tapi tak banyak. Tapi kalau kat obersea terutamanya tempat 4 musim atau udaranya sejuk huh memang bunga mawar dia besar-besar, hish geram sungguh, rasa nak gomol-gomol je tapi sayang dapat cium bau je. Masa aku kat UK sempat juga pi Regents Park dan ada kawasan bunga ros tapi masa tu dah tinggal sedikit sebab dah banyak yang gugur sebab dah nak masuk musim autumn. Kalau musim bunga huh memang agaknya aku terus tergam kat tepi pokok dia kut dok ralit tenguk bunga mawar yang berkembang mekar. Aduhaiiiiiiii Ok. Kita layan bunga ros ye. Huh sekejap bunga ros sekejap bunga mawar tapi kesimpulannya sama ya. hehehehe 


Jenis ni cantik sebab warna merah sedikit di hujung bunga. Tapi kelopak dah relai ni


Yang ni jenis kecil

Yang ni pun sama


Species kuning yang tak banyak jenis

Mawar merah buat mama.

Kawasan yang disediakan untuk pelbagai jenis bunga Ros.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...