KHASIAT BUNGA ROS


Bunga ros atau mawar memang tidak asing lagi terutamanya di kalangan orang yang sedang bercinta.  Bunga mawar ini mempunyai pelbagai warna.  Antaranya adalah mawar yang bewarna merah,  putih, jingga, ungu, merah jambu, campuran merah putih, biru dan kuning.   Disamping sebagai pemberian si jejaka kepada buah hatinya, mawar ini sebenarnya mempunyai berbagai khasiat.  Di dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan bunga mawar untuk manfaat bersama.

 

Di dalam bidang kecantikan, minyak bunga mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memudakan kulit wajah.  Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam besak asas.  Disamping itu juga bunga mawar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Daun dan kelopak bunga mawar boleh mambantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah  dengan mengambil beberapa helai daun dan kelopak bunga mawar yang masih segar dan ditumbuk.  Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam.  Ulangi sehingga bengkak susut. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...